Thursday, July 8, 2010

Kandunglah Aku Semula..Ibu

Ibu…setiap titis susumu menjadi darah dagingku,
Senyum tawaku menjadi penawar hatimu,
Jika dahulu engkau menjadi tempatku mengadu,
Kini…hanya Allah s.w.t. tempat berpaut tangisanku…..


Setiap manusia dilahirkan oleh seorang wanita yang bernama ibu. Dialah yang menjadi teman, tempat mengadu, dan segala-galanya hanya untuk manusia yang bergelar anak. Kita dibawa ke hulu ke hilir selama 9 bulan tanpa mengenal erti kepayahan dan kesusahan terhadap ibu kita. Malah setiap anggotanya hanyalah semata-mata untuk anaknya.

Dalam kebejatan dunia hari ini, manusia seringkali melupai ibunya yang terlantar jauh di hulu kampung tanpa menghiraukan kehidupannya yang daif. Walaupun berkeadaan demikian, wanita tua yang bernama ibu itu masih meneruskan kehidupannya biarpun hatinya merintih, meronta, dan merayu ingin meminta secebis kasih sayang daripada anaknya.

Jika dahulu ketika kecil kita dibelai, disusukan, diasuh, dimandikan, disuap nasi, kini kasih sayang itu seolah-olah tidak bererti buat anaknya yang telah melupai dirinya. Malah kesibukan bekerja dijadikan alasan dengan mengungkapkan kata “Ibu saya sibuk, kalau tak cukup duit nanti saya berikan lagi”. Bukanlah wang ringgit yang menjadi pertaruhan nyawa, tetapi hanya dengan ungkapan kata-kata yang ikhlas dan kasih sayang sudah memadai baginya.

Umat Islam yang bergelar anak harus sedar betapa pentingnya menghormati, memberikan kasih sayang agar doanya sentiasa berada bersama-sama dalam mengharungi kehidupan agar diberkati Allah azzawajjalla. Setiap titis air matanya yang mengalir atau tercuit hatinya akibat dari perbuatan atau kata-kata yang kesat akan dilaknati Allah s.w.t. dan serta-merta akan menerima balasan daripada-Nya.

Retrospektif kisah Mariam dan anaknya Isa a.s. yang harus dijadikan teladan buat umat Islam pada hari ini. Betapa perit dan hibanya melahirkan anaknya Isa, sehingga beliau terpaksa bersandar pada pohon kurma, dan berkata,”Aduhai…alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak bererti, lagi dilupakan”. Allah s.w.t. sangat menyayangi hamba-Nya, lantas memerintahkan Jibrail, lalu menyerunya.”Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menjadikan anak sungai dibawahmu dan goyanglah pangkal pohon kurma ke arahmu, nescaya pohon itu akan mengugurkan kurma yang masak padamu.”

Betapa sayangnya Allah s.w.t. kepada hamba-Nya, begitulah juga sayangnya ibu kepada anaknya. Daripada Ibnu Ma´sud, telah datang seorang A´robi (penduduk kampung) kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata kepada Rasullulah s.a.w.

“Sesungguhnya aku mempunyai bapa, ibu, bapa dan emak saudara, saudara lelaki dan perempuan, datuk , nenek, dan saudara yang lain. Siapakah harus kudahulukan dalam membuat kebaikan kepadanya.” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Berbuat baiklah pada ibumu dahulu, kemudian bapamu, dan saudara-saudaramu.”

Oleh hal yang demikian, berbaktilah, berilah kasih sayang kepada ibu yang entah berapa lama lagi sisa hidupnya di muka bumi ini. Ingatlah bahawa rumah orang tua-tua bukanlah tempatnya. Kawan-kawan dan isteri boleh dicari, tetapi ibu yang sejati tiada penggantinya. Sesungguhnya redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Seringkali kita terlupa. Beribadah sehabis daya, namun kebajikan kepada ibu bapa telah kita lupakan.

Demi malam apabila menutupi cahaya siang,
Dan demi siang apabila terang benderang,
Kalau ibuku masih ada,
Kandunglah aku semula..

Thursday, February 11, 2010

Reunion SMRS 91-95


Salam...

Hari nie dah 11hb....tinggal 3 hari lagi untuk sampai hari yg ditunggu-tunggu oleh aku,perasaan aku mula rasa melonjak-lonjak nak berjumpa dan nak mengerat kembali silaturahim dengan kengkawan sekolah dulu yang telah terpisah.. hampir 15 tahun tak ketemu....

Tapi kalu dengan Poi,din,zairol,Shakir & azmir..depa nie aku selalu jumpa, bila aku balik kampung cuti panjang je mesti kami lepak & berborak sampai ke pagi...depa nie x yah nak cerita,aku dah tau status & berapa org isteri & anak.Tapi yang lain2 tu camner,dah anak 10 ke,kawin 4ke & dah jadi jutawan..(kalu jadi jutawan ngan lupa aku eekk..)

Dlm tahun 2009 ada juga jumpa dengan kengkawan yg lain sbb aku buat small reunion kat kedai makan Sharif gani,seperti Zul lot, Pak Lah, Nor Azli & Ramlee Hamid.Masing-masing dah bekeluarga.Kepada kengkawan yg lain tu klu aku "termiss" jemput untuk perjumpaan di kedai shariff tu..aku mohon maaf la, biasa la aku nie manusia biasa, kekadang terlepas pandang ok..." Please Forgive Me".

Nie baru nak start cerita camna leh jd reunion nie....

The VVIP & perancang agenda nie ialah Syaiful Azhar,Risaudin,Zairol Hisham & Ismail Hamid..arrrrrr...tu yg nak bagi tau tu...atas hasil perbincangan mereka berempat nie lah...yang tercetusnya idea nak create blog demi "Reunion" SMRS 91-95.aku dengaq citer depa create blog nie pada pukul 1.oo Pagi tu... dahsyat tui bersemangat,mungkin kot pagi-pagi yg damai baru dapat ilham....depa nie adik-beradik burung hantu jenis berjaga malam...hehhehhe...gan mare arr..kengkawanku.Akhir nya terciptalah Http:\\beruas78.blogspot.com.

Apabila blog tu dilaunching and bermula publishment to kengkawan lain,sorang demi sorang kawan dapat info tentang blog nie...maka tersebar dengan pantas dan dah ramailer follower nyer,denganya ada ruang chat didalam blog nie,dapatlah menjalin kembali silaturahim antara depa yg telah terpisah hampir 15 Tahun...., lama tu beb... Tapi jangan lupa plak nak buat keje asyik chating jer...hehehe(pada kawan2 yang lain tu kalu dah tau blog nie jengah-jengah ler bertanya khabo...hoiii..haaiiii)

So banyak beno rasa nyer aku nak menaip..aku rasa ringkaskan ajer lahh...dengan atas perbincangan antara kengkawan melalui face to face,chating & telekomunikasi, Reunion SMRS Batch 91-95 nie akan diadakan di Dewan Asrama SMKRS pada 14.02.2010,9.00pg - 2.00 petang.aku dengo banyak gak frogrem yg akan dibuat pada hari tersebut...siap ada "Live Band" GEMPAQQQQQQQQ gituuuuuu...Segala frogrem nie diatur & diketuai oleh Syaiful Azhar & Konco-konco..hehhehehhee....Hebat BROOOOOOOO.......

OK lah akhir sekali aku harap program nie berjalan degan lancar dan aku berharap sangat kawan-kawan dapat datang beramai2 untuk menyerikan lagi "REUNION SMRS BATCH 91-95"

Wasallam....

P/s : Kalu ada rasa ayat-ayat yg tergantung tu...buat x tau ajer..kih3
Maaf banyak Penggunakan Bahasa Rojak Mee...

Tuesday, February 9, 2010

SUNGAI DALAM LAUT

KISAH AIR MASIN DAN AIR TAWAR

SUNGAI DALAM LAUT



"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV
`Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.







Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Monday, February 8, 2010

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.
Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu
bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg
kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu
kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun
kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari
lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada
dibaham dek harimau tadi..

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi
untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam
perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut
pada tali tu.. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di
tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun
berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada
Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat,
tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... . Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa
kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh
ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah
ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus
putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba
Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis,
kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi
seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit!
cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis,
lagi satu... Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi.. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali
putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba
Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar
satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .... Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa
madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si
hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, 'Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya
ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni.' kerana setitik madu si
hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi
dan buaya yg menantinya di bawah
Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua.. Harimau yg mengejar tu adalah
maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2
ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam
kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau
pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka
pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang
sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu.... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah
nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,
dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat
sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.
Astaghfirullah. .... ..